Sony Xperia E4 - Menyunting foto dengan aplikasi Pencipta Filem

background image

Menyunting foto dengan aplikasi Pencipta Filem

Anda boleh menyunting video yang anda ambil dengan kamera anda. Contohnya, anda

boleh memangkas video kepada panjang yang diingini atau melaraskan kelajuan video.

Selepas anda menyimpan video yang disunting, versi asal video yang tidak ditukar kekal

pada peranti anda.

Untuk memotong video

1

Apabila video sedang dimainkan, ketik skrin untuk memaparkan bar alat,

kemudian ketik >

Potong.

2

Untuk mengalihkan bingkai potongan ke kawasan lain garis masa, sentuh terus

tepi bingkai potongan dan seretnya ke kedudukan yang diingini, kemudian ketik

Guna.

3

Untuk menyimpan salinan video yang dipotong, ketik

Simpan.

Untuk melaraskan kelajuan video

1

Apabila video sedang dimainkan, ketik skrin untuk memaparkan bar alat,

kemudian ketik >

Kelajuan.

2

Buat pilihan, kemudian sentuh dan tahan sisi garis masa dan seretnya ke

kedudukan yang diingini dan ketik

Guna

3

Untuk menyimpan salinan video yang disunting, ketik

Simpan.