Berkongsi sambungan data mudah alih anda
Anda boleh berkongsi sambungan data mudah alih anda dengan peranti lain dalam
beberapa cara:
•
Penambatan USB – kongsi sambungan data mudah alih anda dengan satu komputer
menggunakan kabel USB.
•
Penambatan Bluetooth® – kongsi sambungan data mudah alih anda dengan sehingga
lima peranti lain melalui Bluetooth®.
•
Hotspot Wi-Fi® mudah alih – kongsi sambungan data mudah alih anda dengan sehingga
8 peranti lain serentak, termasuk peranti yang menyokong teknologi WPS.
Untuk berkongsi sambungan data anda menggunakan kabel USB
1
Nyahaktifkan semua sambungan kabel USB ke peranti anda.
2
Menggunakan kabel USB yang disertakan dengan peranti anda, sambung peranti
anda kepada komputer.
3
Dari Skrin Utama anda, ketik .
4
Dapatkan dan ketik
Tetapan > Lagi… > Tether & hotspot mdah alih.
5
Tandakan
Penambatan USB kotak semak, kemudian ketik OK jika digesa.
dipaparkan pada bar status apabila anda telah bersambung.
6
Untuk berhenti berkongsi sambungan data anda, nyahtanda kotak semak
Penambatan USB atau tanggalkan kabel USB.
Anda tidak boleh berkongsi sambungan data dan kad SD peranti anda melalui kabel USB
pada masa yang sama.
Untuk menggunakan peranti anda sebagai hotspot Wi-Fi® mudah alih
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Dapatkan dan ketik
Tetapan > Lagi… > Tether & hotspot mdah alih.
3
Ketik
Tetapan hotspot Wi-Fi mudah alih > Konfigurasikan hotspot Wi-Fi.
4
Masukkan maklumat
Nama rangkaian (SSID) yang diperlukan.
5
Untuk memilih jenis keselamatan, ketik medan
Keselamatan. Jika diperlukan,
masukkan kata laluan.
6
Ketik
Simpan.
7
Ketik dan tandakan kotak semak
Hotspot Wi-Fi mudah alih.
8
Jika digesa, ketik
OK untuk mengesahkan. muncul pada bar status selepas
hotspot Wi-Fi® mudah alih aktif.
9
Untuk berhenti berkongsi sambungan data anda melalui Wi-Fi®, nyahtanda kotak
semak
Hotspot Wi-Fi mudah alih.
Untuk menamakan semula atau melindungi hotspot mudah alih anda
1
Dari Skrin Utama, ketik .
2
Dapatkan dan ketik
Tetapan > Lagi… > Tether & hotspot mdah alih.
3
Ketik
Tetapan hotspot Wi-Fi mudah alih > Konfigurasikan hotspot Wi-Fi.
4
Masukkan
Nama rangkaian (SSID) bagi rangkaian.
5
Untuk memilih jenis keselamatan, ketik medan
Keselamatan.
6
Jika diperlukan, masukkan kata laluan.
7
Ketik
Simpan.
32
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.