
Mengawal penggunaan data
Data merupakan maklumat yang dihantar dari dan diterima ke peranti mudah alih anda.
Anda boleh menggunakan data pada peranti anda apabila anda mengakses Internet,
menyemak e-mel anda, bermain permainan, menggunakan aplikasi (contohnya,
Facebook™, Twitter™ dan sebagainya) dan bermacam-macam lagi. Tugas latar
belakang, seperti penyegerakan atau perkhidmatan lokasi, mungkin turut menggunakan
data. Penggunaan data dibilkan berdasarkan amaun data yang dihantar dan diterima
(megabait atau gigabait) dan boleh dikenakan bayaran mengikut penggunaan atau
sebagai sebahagian daripada pakej data.
Untuk menghidupkan atau mematikan trafik data
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Dapatkan dan ketik
Tetapan > Penggunaan data.
3
Seret penggelangsar di sebelah
Trafik data mudah alih untuk menghidupkan atau
mematikan data.
Apabila trafik data dimatikan, peranti anda masih boleh mewujudkan sambungan Wi-Fi® dan
Bluetooth®.
Untuk menetapkan amaran penggunaan data
1
Pastikan trafik data mudah alih dihidupkan.
2
Daripada Skrin Utama anda, ketik .
3
Cari dan ketik
Tetapan > Penggunaan data.
4
Untuk menetapkan tahap amaran, seret garis amaran ke nilai yang dikehendaki.
Anda menerima pemberitahuan amaran apabila jumlah trafik data menghampiri
paras yang anda tetapkan.
Untuk menetapkan had penggunaan data mudah alih
1
Pastikan trafik data mudah alih dihidupkan.
2
Daripada Skrin Utama anda, ketik .
3
Cari dan ketik
Tetapan > Penggunaan data.
4
Tandakan
Tetapkan had data mudah alih kotak semak jika ia belum ditandakan,
kemudian ketik
OK.
5
Untuk menetapkan had penggunaan data mudah alih, seret garis yang berkaitan
ke nilai yang dikehendaki.
Sebaik sahaja penggunaan data anda mencapai had yang ditetapkan, trafik data mudah alih
pada peranti anda akan dimatikan secara automatik.
Untuk mengawal penggunaan data mudah alih bagi aplikasi individu
1
Daripada Skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Penggunaan data.
3
Cari dan ketik aplikasi yang dikehendaki.
4
Tandakan kotak semak
Sekat data latar belakang.
5
Untuk mengakses tetapan khusus bagi aplikasi (jika tersedia), ketik
Lihat tetapan
aplikasi dan lakukan pertukaran yang dikehendaki.
Prestasi aplikasi individu mungkin terjejas jika anda menukar tetapan penggunaan data yang
berkaitan.
Untuk melihat data yang dipindahkan melalui Wi-Fi®
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Dapatkan dan ketik
Tetapan > Penggunaan data.
3
Ketik , kemudian tandakan kotak semak
Tnjk p'gunaan Wi-Fi jika ia tidak
ditandakan.
4
Ketik tab
Wi-Fi.
33
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.