Sony Xperia E4 - Tetapan kamera umum

background image

Tetapan kamera umum

Gambaran keseluruhan tetapan mod tangkapan

Auto Pengecaman Pemandangan

Optimumkan tetapan anda supaya sesuai dengan sebarang pemandangan.

Manual

Laraskan tetapan kamera secara manual.

Secara langsung di YouTube

Siarkan video secara langsung ke YouTube™.

Kesan AR

Ambil foto atau video dengan pemandangan dan watak maya.

Kesan kreatif

Gunakan kesan pada foto atau video.

Info-eye™

Dapatkan maklumat lanjut tentang perkara yang anda lihat dalam pemidang tilik kamera anda.

Timeshift burst

Cari foto terbaik daripada letusan imej.

Social live

Siarkan video secara langsung ke Facebook™.

Sapuan Panorama

Ambil foto bersudut lebar dan panorama.

Sound Photo

Ambil foto dengan bunyi latar.

Keseronokan AR

81

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Mainkan dalam pemidang tilik kamera anda dengan objek maya dan perkayakan foto atau video anda.

Sentuhan semula potret

Ambil foto dengan gaya potret masa nyata.

Auto pengecaman pemandangan

Mod pengecaman pemandangan auto mengesan keadaan persekitaran rakaman dan

melaraskan tetapan secara automatik untuk memastikan anda mengambil foto yang

terbaik mungkin.

Mod manual

Gunakan Mod manual apabila anda ingin melaraskan tetapan kamera anda secara

manual untuk mengambil gambar atau video.

Kesan AR

Anda boleh menggunakan kesan AR (realiti tambahan) pada foto atau video anda dan

menjadikannya lebih menyeronokkan. Apabila menggunakan kamera, tetapan ini

membolehkan anda menyepadukan pemandangan 3D ke dalam foto atau video anda.

Hanya pilih pemandangan yang anda inginkan dan laraskan kedudukannya dalam

pemidang tilik.

Kesan kreatif

Anda boleh gunakan kesan yang berbeza pada foto dan video anda. Sebagai contoh,

anda boleh menambah kesan Nostalgia untuk membuat foto kelihatan lama atau kesan

Lakaran untuk imej yang lebih menyeronokkan.

Sweep Panorama

Anda boleh mengambil foto bersudut luas dan panoramik dari arah mendatar atau

menegak dalam gerakan tekan dan beralun yang mudah.

Untuk mengambil foto panorama

1

Aktifkan kamera.

2

Ketik , kemudian pilih .

3

Untuk memilih arah tangkapan, ketik

.

4

Ketik skrin dan gerakkan kamera perlahan-lahan dan dengan stabil ke arah

pergerakan yang ditunjukkan pada skrin.

Letusan Timeshift

Kamera mengambil letusan 31 foto dalam jangka masa dua saat – satu saat sebelum

dan selepas anda mengetik butang kamera. Jadi, anda boleh kembali dan mencari imej

yang sempurna itu.

Untuk menggunakan letusan Timeshift

1

Aktifkan kamera.

2

Ketik , kemudian pilih .

3

Ambil foto. Foto yang diambil muncul dalam paparan imej kecil.

4

Tatal imej kecil dan pilih foto yang ingin disimpan, kemudian ketik .

Social live

Social live adalah satu mod tangkapan kamera yang membolehkan anda menstrim video

secara langsung ke laman Facebook™ anda. Anda hanya perlu mempunyai sambungan

internet aktif dan log masuk ke dalam Facebook™. Video boleh mencapai sehingga 10

minit.

82

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk menyiarkan video secara langsung dengan menggunakan Social live

1

Aktifkan kamera.

2

Ketik , kemudian pilih .

3

Log masuk ke akaun Facebook™ anda.

4

Ketik untuk mula menyiarkan.

5

Untuk mengambil foto semasa siaran, ketik .

6

Untuk menghentikan siaran, ketik .

Sentuhan semula potret

Anda boleh menggunakan ciri Sentuhan semula Potret untuk mengenakan kesan

kemasan pada foto potret sambil anda menangkapnya supaya anda dapat memastikan

hasil yang terbaik. Anda boleh menggunakan tetapan

Pancaran magik juga untuk

mencerahkan dan melicinkan kulit subjek sambil menambahkan corak cahaya tompok

pada mata.

Untuk menggunakan ciri sentuhan semula Potret

1

Aktifkan kamera.

2

Ketik , kemudian ketik .

3

Untuk memaparkan pemilih gaya, leret ke atas pada skrin, kemudian pilih gaya

potret untuk foto anda.

4

Untuk menyembunyikan pemilih gaya, ketik skrin atau leret ke bawah.

5

Untuk memaparkan pemilih bingkai, leret ke kiri, kemudian pilih bingkai hiasan.

6

Untuk menyembunyikan pemilih bingkai, ketik skrin kamera atau leret ke kanan.

Untuk menggunakan ciri pancaran Ajaib

1

Aktifkan kamera.

2

Ketik , kemudian ketik .

3

Untuk mendayakan ciri pancaran Ajaib, ketik , kemudian seret penggelangsar di

sebelah

Pancaran magik ke kanan.

4

Untuk menggunakan kesan cahaya tompok pada bahagian dalam mata, pilih

corak tersuai.

Memuat turun aplikasi kamera

Anda boleh memuat turun aplikasi kamera percuma atau berbayar dari Google Play™

atau sumber lain. Sebelum anda mula memuat turun, pastikan anda mempunyai

sambungan Internet yang berfungsi, lebih digalakkan melalui Wi-Fi® untuk mengehadkan

caj trafik data.

Untuk memuat turun aplikasi kamera

1

Buka aplikasi kamera.

2

Ketik , kemudian ketik

Boleh Dimuat Turun.

3

Pilih aplikasi yang anda ingin muat turun dan ikut arahan untuk melengkapkan

pemasangan.

Pelancar pantas

Gunakan tetapan Pelancar pantas untuk melancarkan kamera apabila skrin dikunci.

Lancarkan sahaja

Selepas anda menyeret ke atas, kamera utama dilancarkan daripada mod tidur.

Lancar dan tangkap

Selepas anda menyeret ke atas, kamera pegun dilancarkan daripada mod tidur dan foto ditangkap.

Lancar dan rakam video

Selepas anda menyeret ke atas, kamera video dilancarkan daripada mod tidur dan memulakan rakaman.

Matikan

Geoteg

Tag foto dengan butiran tempat anda mengambilnya.

83

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Tangkapan sentuh

Kenal pasti kawasan fokus, kemudian sentuh skrin kamera dengan jari anda. Foto

diambil sebaik sahaja anda melepaskan jari anda.

Bunyi

Pilih untuk menghidupkan atau mematikan bunyi pengatup.

Storan data

Anda boleh memilih untuk menyimpan data anda pada kad SD yang boleh ditanggalkan

atau pada storan dalaman peranti anda.

Storan dalaman

Foto atau video disimpan pada ingatan peranti.

Kad SD

Foto atau video disimpan pada kad SD.

Imbangan putih

Fungsi ini melaraskan keseimbangan warna menurut keadaan pencahayaan Ikon tetapan

imbangan putih tersedia pada skrin kamera.

Auto

Melaraskan keseimbangan warna secara automatik agar disesuaikan kepada keadaan pencahayaan.

Pijar

Melaraskan keseimbangan warna untuk keadaan pencahayaan hangat, seperti di bawah mentol lampu.

Pendarfluor

Melaraskan keseimbangan warna untuk pencahayaan pendarfluor.

Siang hari

Melaraskan keseimbangan warna untuk keadaan luar yang cerah.

Mendung

Melaraskan keseimbangan warna untuk langit mendung.

Tetapan ini hanya tersedia dalam mod tangkapan

Manual.