
Pemasangan
Lapisan plastik perlindungan dilekatkan pada skrin. Anda harus menanggalkan lapisan ini
sebelum menggunakan skrin sentuh. Jika tidak, skrin sentuh mungkin tidak berfungsi
dengan betul.
Untuk menanggalkan penutup belakang
•
Masukkan kuku ke dalam ruang (seperti ditunjukkan dalam ilustrasi) dan angkat
penutup tersebut.
Untuk memasang penutup belakang
1
Letakkan penutup belakang di atas bahagian belakang peranti, kemudian tekan
penjuru bawah ke bawah untuk mengunci penutup ditempatnya.
2
Bergerak dari bawah ke atas, tekan tepi penutup dari atas ke bawah sehingga
penutup berdetap masuk ke tempatnya.
Untuk memasukkan kad SIM mikro
Jika anda memasukkan kad SIM mikro semasa kuasa peranti dihidupkan, peranti akan
dimulakan semula secara automatik.
7
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

•
Tanggalkan penutup belakang, kemudian masukkan kad SIM mikro ke dalam
slotnya dengan sesentuh berwarna emas menghadap ke bawah.
Anda perlu menggunakan kad SIM mikro supaya peranti anda berfungsi dengan betul.
Sesetengah kad SIM bersaiz standard membolehkan anda menanggalkan kad SIM mikro
bersepadu. Setelah anda menanggalkan kad SIM mikro daripada kad SIM bersaiz standard,
anda tidak boleh menyambungkannya semula dan menggunakan kad SIM bersaiz standard
lagi. Jika anda tidak mempunyai kad SIM mikro atau jika kad SIM semasa anda tidak
mengandungi kad SIM mikro yang boleh ditanggalkan, hubungi pengendali rangkaian anda
untuk mendapatkan maklumat mengenai cara untuk mengambil atau menukar kad SIM anda.
Untuk memasukkan kad ingatan
1
Tanggalkan penutup belakang.
2
Masukkan kad memori ke dalam slot kad memori dengan sesentuh berwarna
keemasan menghadap ke bawah.
8
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

Untuk mengeluarkan kad SIM mikro
1
Tanggalkan penutup belakang.
2
Seret keluar kad SIM nano dari slotnya dan keluarkan kad itu sepenuhnya.
Untuk mengeluarkan kad ingatan
1
Matikan telefon atau nyahlekapkan kad ingatan dari
Tetapan > Storan >
Nyahlekapkan kad SD .
2
Tanggalkan penutup belakang, kemudian, tarik kad ingatan ke arah luar untuk
mengeluarkannya.