Bateri dan pengurusan kuasa
Peranti anda mempunyai bateri yang dibenamkan. Anda boleh menjejak penggunaan
bateri anda dan melihat aplikasi yang paling banyak menggunakan kuasa. Anda boleh
mengalihkan atau mengehadkan aplikasi dan mengaktifkan beberapa mod penjimatan
kuasa untuk melanjutkan hayat bateri anda. Anda juga boleh melihat dan
menganggarkan berapa banyak masa bateri yang tinggal dan melaraskan tetapan bateri
anda untuk meningkatkan prestasi dan menjadikan bateri anda tahan lebih lama.
Untuk menguruskan penggunaan bateri anda
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Pengurusan kuasa > Penggunaan kuasa apl.
Gambaran keseluruhan muncul yang menunjukkan aplikasi yang mempunyai
kadar trafik data yang tinggi atau yang anda tidak gunakan untuk sekian lama.
3
Semak semula maklumat, kemudian bertindak sebagaimana perlu, contohnya,
dengan menyahpasang aplikasi atau mengehadkan penggunaannya.
Untuk melihat aplikasi yang menggunakan paling banyak kuasa
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Dapatkan dan ketik
Tetapan > Pengurusan kuasa > Penggunaan bateri.
Untuk melihat anggaran masa bateri
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Dapatkan dan ketik
Tetapan > Pengurusan kuasa.
Mod penjimatan kuasa
Terdapat beberapa mod penjimatan kuasa tersedia untuk anda gunakan jika anda mahu
jadikan bateri anda tahan lebih lama:
Mod STAMINA
Menyahdayakan Wi-Fi® dan data mudah alih apabila skrin dimatikan, dan
mengehadkan prestasi perkakasan. muncul di bar status apabila mod ini aktif.
Mod Ultra STAMINA
Mengehadkan kefungsian peranti anda kepada tugas utama seperti membuat
panggilan telefon dan menghantar mesej SMS.
muncul di bar status sebaik
saja mod ini diaktifkan.
Mod bateri lemah
Mengubahsuai kelakuan peranti anda, contohnya, untuk melaraskan kecerahan
skrin dan tetapan tamat masa skrin, apabila paras bateri jatuh ke bawah peratus
tertentu.
muncul di bar status apabila mod ini aktif.
Wi-Fi berdasarkan lokasi Menetapkan peranti anda untuk hanya mengaktifkan fungsi Wi-Fi® apabila
berada dalam kawasan rangkaian yang disimpan Wi-Fi®.
Baris gilir data l/belakang Mengoptimumkan trafik keluar apabila skrin dimatikan dengan menghantar data
pada selang masa yang ditentukan terlebih dahulu.
Untuk mengaktifkan mod penjimatan kuasa
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Pengurusan kuasa .
3
Untuk mengaktifkan mod yang anda pilih, seret gelongsor yang berkaitan ke
kanan atau tandakan kotak semak berkaitan dan kemudian sahkan, jika perlu.
4
Jika tiada gelongsor atau kotak semak didapati, ketik nama mod yang anda ingin
aktifkan, kemudian sahkan, jika perlu.
Gambaran keseluruhan ciri mod STAMINA
Mod STAMINA mempunyai beberapa ciri yang membenarkan anda mengoptimumkan
prestasi bateri anda:
Bersedia dilanjutkan Mencegah aplikasi daripada menggunakan trafik data dengan menyahdayakan Wi-
Fi® dan data mudah alih apabila skrin padam. Anda boleh kecualikan beberapa
aplikasi dan perkhidmatan daripada dijedakan apabila ciri ini aktif.
Jam STAMINA
Menjedakan sambungan rangkaian dalam situasi di mana anda kerap menekan kunci
kuasa untuk melihat masa.
119
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Penggunaan lanjutan Mengehadkan prestasi perkakasan apabila anda menggunakan peranti anda.
Untuk mengaktifkan ciri mod STAMINA
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Pengurusan kuasa , kemudian ketik Mod STAMINA.
3
Aktifkan mod STAMINA jika ia dinyahaktifkan.
4
Tandakan kotak semak bersebelahan ciri yang anda ingin aktifkan, kemudian ketik
Aktifkan, jika digesa.
Untuk memilih aplikasi yang berjalan dalam mod STAMINA
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Pengurusan kuasa , kemudian ketik Mod STAMINA.
3
Aktifkan mod STAMINA jika ia dinyahaktifkan.
4
Pastikan kotak semak
Bersedia dilanjutkan ditandakan, kemudian ketik Aplikasi
aktif dalam mod tunggu sedia > Tambah aplikasi.
5
Tatal ke kiri atau ke kanan untuk melihat semua aplikasi dan perkhidmatan,
kemudian tandakan kotak semak yang berkaitan untuk aplikasi yang anda ingin
jalankan.
6
Setelah anda selesai, ketik
Selesai.